Hadis Nabi

  • Ulama Pewaris Nabi

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

    “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

    “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

Pesan Umar Abdul Aziz

"Jika engkau bisa, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak bisa menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Biografi Syeikh Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani

18:06


Nama beliau ialah Sayyid Muhammad ibn 'Alawi ibn 'Abbas ibn Abdul Aziz Al-Maliki Al-Hasani. Beliau berasal dari keturunan Sayyid Idris Al-Azhar ibn Idris Al-Akbar ibn Abdullah Al-Kamil ibn Hasan Al-Muthanna ibn Sayyidina Hasan r.a. ibn Saiyidina Ali k.r.w., suami kepada Saidatina Fatimah r.a. binti Rasulullah s.a.w.
Beliau dilahirkan di rumah ayahandanya, di Babus Salam, Makkah Al-Mukarramah pada tahun 1365 Hijrah bersamaan dengan 1946M. Keluarga beliau mendapat gelaran Al-Maliki kerana salah seorang nendanya dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah Al-Mukarramah pda zaman pemerintahan Syarif 'Aun.


Beliau merupakan anak, bahkan cucu kepada ulama-ulama besar di Makkah Al-Mukarramah. Ayahandanya Sheikh Syed 'Alawi ibn 'Abbas Al-Maliki merupakan seorang ulama' besar di Makkah Al-Mukarramah, begitu juga datuknya 'Abbas ibn Abdul Aziz Al-Maliki.

Pendidikan Sheikh Muhammad 'Alawi Al-Maliki r.a.

Beliau memulakan pendidikan awalnya di Madrasah Al-Falah dan Madrasah Tahfiz Al-Qur'an dan pengajian-pengajian tidak formal di dalam halaqah-halaqah pengajian ilmu di Masjid Al-Haram daripada ulama'-ulama' besar Makkah Al-Mukarramah.

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di India ketika usianya mencecah 20 tahun. Di sana, beliau tinggal bersama Sheikh Muhammad Ali Zainal di Bombay. Beliau juga sempat belajar di Pakistan dengan Mufti Pakistan pda ketika itu, iaitu Sheikh Muhammad Syafi'e dan sebagainya.

Beliau juga pernah belajar di Libya. Di sana, beliau belajar di Ma'ahad Al-Azhari dan seterusnya menyambungkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar di Mesir.

Kemudian, beliau terpaksa pulang semula ke Makkah Al-Mukarramah untuk menjaga ayahandanya yang tidak berapa sihat. Beliau seterusnya menyambung pengajiannya di Kuliah Syariah Universiti di Makkah.

Namun, setelah tamat pengajian beliau di Makkah, beliau kembali menyambung pengajiannya di Al-Azhar di peringkat Master dan Ijazah Kedoktoran. Beliau akhirnya mendapat keputusan MUMTAZ (amat cemerlang). Tesis karangan beliau mendapat pujian daripada ulama'-ulama' besar Al-Azhar.



Guru-guru Sheikh Muhammad 'Alawi Al-Maliki r.a.:

Di antara guru-guru dan pembimbing beliau adalah:

Dari Makkah dan Madinah(antaranya):

Ayahandanya Sayyid 'Alawi ibn 'Abbas Al-Maliki
Sheikh Muhammad Yahya ibn Aman Al-Maliki
Sheikh Muhammad Al-'Arabi ibn Tabbani Al-Maliki
Sheikh Hasan ibn Sa'id Yamani Al-Maliki
Sheikh Hasan ibn Muhammad Al-Mashsyat
Sheikh Muhammad Yaasiin ibn Isa Al-Fadani
Al-Habib Hasan ibn Muhammad Fad'aq
Al-Habib Abdul Qadir ibn 'Aidarus Al-Bar
Dari Hadramaut (antaranya):

Al-Habib Umar ibn Ahmad Sumait
Al-Habib 'Alawi ibn Abdullah Al-Tarimi
Al-Habib Muhammad ibn 'Alawi ibn Syihab
Al-Habib Abdul Rahman ibn Abdullah Al-Attos'
Al-Habib Masyhur ibn Toha Al-Haddad

Dari Mesir (antaranya):

Sheikh Al-Syarif Muhammad Al-Hafiz Al-Tijani Al-Misri
Sheikh Hasanain ibn Muhammad Makhluf (Mufti Mesir)
Sheikh Soleh ibn Muhammad Al-Ja'fari (Imam Besar Masjid Al-Azhar)
Sheikh Amin ibn Mahmud Khattob As-Subki
Sheikh Muhammad ibn Abdullah Al-'Aquri
Dari Indonesia (antaranya):

Al-Habib Ali ibn Abdul Rahman Al-Habsyi
Al-Habib Ali ibn Husein Al-'Attos
Al-Habib Hamid ibn Muhammad Al-Sari
Al-Habib Sheikh ibn Salim Al-'Attos
Al-Habib Abdul Rahman ibn Abdullah Al-Habsyi Al-Falembani
Dari Syam (antaranya):

Sayyid Al-Syarif Muhammad Al-Makki ibn Muhammad Al-Kattani
Sheikh Hasan ibn Muhammad Al-Maidani
Sheikh Abdul Aziz ibn Muhammad Ali Al-Sud
Sheikh Muhammad Soleh ibn Abdullah Al-Farfur Al-Hasani
Al-Tobib Sheikh Muhammad Abu Yusr ibn Muhammad Al-Husaini (Mufti Syam)
Dari Moroco (antaranya):

Sheikh Al-Syarif Abdul Kabir ibn Muhammad Al-Soqali
Sheikh Sayyid Abdullah ibn Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi
Sayyid Abdul Aziz ibn Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi
Sheikh As-Syarif Muhammad Al-Muntasir ibn Muhammad Al-Zamzami
Dari India dan Pakistan (antaranya):

Sheikh Muhammad Zakaria ibn Muhammad Yahya Al-Kandahlawi Al-Madani (Sheikh Hadis di Saharanfur)
Sheikh Habib Al-Rahman ibn Muhammad Sobir Al-A'azomi (Sheikh Hadis di Mazar Al-Ulum, Madras)
Sheikh Al-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria Al-Bannuri (Sheikh Hadis di Karaci)
Sheikh Muhammad Syafi'e ibn Muhammad Yasiin Al-Uthmani Al-Deobandi (Mufti Pakistan)
Sheikh Zafar Ahamd Al-Uthmani Al-Tahanawi Al-Hindi
Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Balyawi
Masih banyak lagi para pembimbing dan guru Sheikh Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki namun tidak termampu untuk disenaraikan di ruang yang sangat padat ini. Semoga Allah merahmati mereka sekalian. Amin.

Kegigihan Beliau dalam Bidang Pendidikan

Sayyid Muhammad Al-Maliki merupakan seorang penyebar dakwah yang sangat gigih, disamping juga sebagai seorang murobbi. Beliau tetap keluar untuk mengajar sekalipun dalam keadaan tidak sihat atau ketika demam.

Kesungguhan beliau tergambar pada kata-kata anak-anak muridnya seraya berkata: "Ustaz (Sayyid Muhammad Al-Maliki) lebih tekun daripada anak muridnya sendiri".

Beliau juga sentiasa memberi galakan kepada anak-anak muridnya supay gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. Disamping itu, beliau turut memuliakan ilmu. Beliau sering berkata bahawa: "Saya tidak akan menerima seseorang itu belajar dengan saya kecuali dengan isyarat."

Disamping itu juga, beliau merupakan seorang yang amat memuliakan guru-guru dan para ulama'. Beliau sering mengingatkan para muridnya dengan perkataan Sheikh Al-Habib Abdullah ibn 'Alawi Al-Haddad: "Tidaklah seseorang itu dinamakan sheikh insan kecuali orang yang telah terhimpun hatinya dengan gurunya hinggakan dia tidak melihat seseorang yang lebih afdal daripada gurunya itu. Maka, yang demikian itu memberikan manfaat kepadanya."

Beliau juga turut mengasihi anak-anak muridnya sehinggakan beliau tidak membenarkan mereka memanggilnya dengan panggilan "sheikh" atau "ustaz" tetapi menyuruh mereka memanggilnya dengan panggilan "Abuya" (bererti, bapaku), untuk mengeratkan hubungan kasih sayang sesamanya dengan para muridnya.
 
Tulisan Beliau

Di samping tugas beliau sebagai da’i, pengajar, pembibing, dosen, penceramah dan segala bentuk kegiatan yang bermanfaat bagi agama, beliau pula seorang pujangga besar dan penulis unggul. Tidak kurang dari 100 buku yang telah dikarangnya, semuanya beredar di seluruh dunia. Tidak sedikit dari kitab2 beliau yang beredar telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggris, Prancis, Urdu, Indonesia dll.
Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia. Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:

Aqidah:
1. Mafahim Yajib an Tusahhah
2. Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3. At-Tahzir min at-Takfir
4. Huwa Allah
5. Qul Hazihi Sabeeli
6. Sharh ‘Aqidat al-‘Awam

Tafsir:
1. Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
2. Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’lah
3. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4. Hawl Khasa’is al-Quran

Hadith:
1. Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
2. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3. Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4. Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik

Sirah:
1. Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
2. Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3. ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
4. Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5. Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
6. Zikriyat wa Munasabat
7. Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra

Usul:
1. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2. Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3. Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah

Fiqh:
1. Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
2. Labbayk Allahumma Labbayk
3. Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4. Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5. Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6. Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf

Tasawwuf:
1. Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
2. Abwab al-Faraj
3. Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
4. Al-Husun al-Mani‘ah
5. Mukhtasar Shawariq al-Anwar

Lain-lain:
1. Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
2. Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3. Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
4. Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5. Ma lah ‘Aynun ra’at (Butiran Syurga)
6. Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7. Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8. Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)
9. Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10. Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11. Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12. Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13. Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14. Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15. Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16. Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)


Ketinggian Peribadi Beliau dan Pengabdian Beliau kepada Allah s.w.t.

Beliau merupakan seorang yang sangat zuhud dalam setiap aspek kehidupan. Beliau menolak keseronokan di dunia dan perhiasannya dan hidup dalam keadaan penuh tawadduk dan rendah diri. Beliau juga sentiasa berkhidmat kepada umat Islam yang memerlukan khidmatnya.

Beliau pernah memohon untuk berundur diri dari jawatan pensyarah di Universiti Ummul Qura. Beliau juga sentiasa mengerjakan solat jema'ah dan solat tahajjud.


Terbenamnya Matahari Ilmu Ahlus Sunnah wal Jamaah

Sesungguhnya, pemergian beliau pada 15 Ramadhan 1425 H, benar-benar merupakan suatu kehilangan yang amat menyedihkan umat Islam. Ini kerana, beliau pergi bertemu dengan Allah s.w.t. sewaktu beliau masih lagi diperlukan oleh umat Islam. Sungguhpun perjuangan beliau disambung oleh para pewaris ilmunya, namun, beliau sesungguhnya tiada tolak bandingnya dari sudut pendidikan dan tarbiah.

Pada hari tersebut, rumah beliau di penuhi oleh lebih 600 para penuntut ilmu, yang mengikuti pengajian akhir beliau. Lebih kurang 2 jam selepas majlis pengajian beliau yang berakhir pada pukul 2.00 pagi, beliau pulang ke rahmatullah dalam keadaan yang tenang, bagaikan seorang kekasih menemui sang kekasihnya. Jenazah beliau diiringi oleh lebih 200 000 orang, yang mana kebanyakkannya dari kalangan anak murid beliau.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Haram, dan kemudiannya, jenazah beliau dikebumikan di Perkuburan Ma'la. Sepanjang perjalanan ke sana, kedengaran bacaan tahlil dan takbir dengan kuat mengiringi jenazah beliau di samping tangisan pencinta-pencinta beliau di atas pemergiannya.

Semoga Allah s.w.t. memcucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam.

Al-Fatihah ila Hadrati As-Sheikh As-Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki………Amin

(Biografi ini diadaptasi dan dinukil dari buku "Al-Maliki: Ulama' Rabbani Abad ke-21" karangan Sheikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, salah seorang anak murid kesayangan beliau, dan juga merupakan guruku yang amat disanjungi.)


sumber:


Semoga Allah meredhai beliau.

You Might Also Like

0 comments

Kalam Murabbi

Ilmu, kemahiran dan segala pemberian yang datang dari ALLAH tidak hadir secara percuma, Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh ALLAH itu menuntut kepada kita untuk diamalkan.

Almarhum Tuan Guru Dato` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz b Haji Nik Mat

Archives

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe